Ribut taufan hindi datang lagi. Hindi oke BUKAN INDIE. Dalam masa seminggu nie lagu dan video hindi selalu sangat main kat telinga aku. Teringat kenangan waktu kecik. Aku dijaga oleh sepupu bapak aku sejak berumur 2 taon (kot..) sehingga darjah 6. Kerana dia yang fanatik bollywood menyebabkan aku terikut sama meminatinya sampai sekarang. Antara faktor yang aku boleh listkan sebab2 aku minat ialah:
Eh2, sebelum tu layan lagu ni dulu.
1) Cerita yang menarik, kadang2 macam melampau atau pun tak logik. Nak tendang pun mau terbang2. Dah nak mati tapi hero tiba2 kuat macam popeye baru lepas makan spinach. Tapi aku still layankan. Nama pun filem!
2) Watak yang sentiasa hidup.Tidak kira walaupun pelakon sama yang berlakon dalam filem berbeza, namun lakonan yang ditonjolkan menerusi watak masing2 masih menjadi. Kalau jahat, jahat betol. Kalau miskin, miskin betol. Dan kalau giler, giler betol. Hebat!
3) Filem tersebut dibarisi oleh pelakon2 yang cantik dan hensem! Walaupun balik2 muka yang sama aku tengok kat kebanyakan filem, but still tak muak and enjoy the film. (I love to remind you that Aishwarya Rai and Priyanka Chopra are the former of Miss World).
4) Ada terselit lagu2. Lagu-lagu ni la yang buat hiburan. Bila tengok diorang menari, rasa macam nak menari jugak. Bak kata bapak aku. "buat apa la tgk filem hindustan kalau time lagu aku tekan button forward." Oh oke!
5) Suara orang yang menyanyi lagu tu sedap! Walaupun pelakon sekadar lip-synching sahaja. Tapi nampak macam diorang plak yang menyanyi. Haishh..jangan tertipu! Dan aku paling gemar dengar suara Udit Narayan dan Kumar Sanu. Tak pernah sakit telinga mendengarnya.
Sekarang bila sepupu bapak aku tu pulang ke kampung halamannya, rumah aku dah tak terasa bahang hindi lagi. Filem terakhir yang aku layan ialah Mujse Dosti Karoge. Lepas tu aku dah tak follow filem2 yang baru. Mungkin dah tak ada yang nak promote. Just dapat info daripada membe2 yang turut minat mende yang sama.
Layan lagu ni jugak.
0 comments:
Post a Comment