Thursday, February 24, 2011

Homemade Fish n Chips

Dalam masa dua hari ni aku tak makan nasi pun. Tapi jangan lak korang pikir aku tak makan nasi sebab nak diet. Diet ape kebendenya kalo kelmarin aku dinner makan ini dan semalam lak aku makan fish and chips. Tapi fish n chips tu takde la glemer sangat macam kat Manhattan Fish Market. Korang ni pon agak2 la. Nama pun buat sendiri.

Fish n Chips for dinner.
Amacam? Best tak best tak? Yang bestnya masak kat rumah ni ialah kita boleh hidang makanan sesuka hati kita. Contoh macam gambar kat atas nie. Tu pinggan abang aku punya. Dia sorang je yang dapat ikan dua. Kalo kat kedai takde maknanye nak dapat 2 keping ikan dalam satu hidangan camtu. Oleh sebab dia bukan pemakan sayur, so dia amik la baby carrot tu 3 ketul jek.

Tak susah nak wat mende nie. Paling senang dalam dunia. Tak payah nak tumis2, nak hiris bawang sampai mata berair. Tak pun potong lada ke. Mesin kelapa ke. Sume tu tak payah.

Ni ialah kentang yang dah direbus. Mash kan dia sambil tu letak susu cair, marjerin dan garam.
Marjerin dan susu cair.
Tangan tu ialah tangan kakak aku. Dia lah satu2nya kakak aku kat dalam dunia ni (tak termasuk kakak angkat dgn kakak sedara). Paling rajin dalam rumah. Aku masa ni btol2 jadi tukang tengok je. Yela. Baru balik keje la katakan. Uhuk2..

Ni baby carrot dgn broccoli yang dah direbus dengan air yang ada garam.

Masa ikan tengah digoreng. 
Ikan tu beli yang frozen kt jusco je. Ohh nampak macam ikan tu da nak hangus. Mungkin sebab cahaya lampu tak berapa terang. Tapi tak hangus pun. Waktu dah nak siap masak baru sibuk nak snap gambar. So hasilnya jadi lah macam nih...

Not bad..
Last but not least, bila nak makan tu jangan lupa letak tartar sauce. Saje nak bagi sedap. Tak nak letak pun takpe. Ikut suka hati korang la.

Lady's Choice.. Memang la. Aku kan lady.
Simple kan? Kalau korang da bosan2 da tak tau nak makan apa. Cuba la praktikkan mende ni kt umah. Sure memang berbaloi n kenyang!



2 comments:

Ai Adachi said...

sedapnye..nk sket blh?

Norot Izzati said...

xde hal la kak linda.
utk kak linda sume boleh!

Post a Comment

You can replace this text by going to "Layout" and then "Page Elements" section. Edit " About "

Powered by Blogger.