Hye semua. Entry kali ni aku nak cerita tentang pengalaman aku yang gagal dalam beberapa perkara dan ia membuatkan aku tersentak seketika. Kalau nak disenaraikan memang banyak tapi hanya beberapa perkara sahaja yang aku ambil sebagai contoh. Bagi aku orang yang ditimpa kegagalan ni sangat bertuah dan tidak semua orang akan merasai kemanisan di sebalik kegagalan itu. Kenapa? Kalau nak tahu kene baca entry ni sampai habis.
Situasi 1:
Result SPM aku yang sekadar biasa2 sahaja. Ade gred 1 sampai 5. Alhamdulillah gred aku tak lebih dari 5. Konon pelajar harapan tapi semuanya terjawab semasa peperiksaan SPM diumumkan. Really unexpected. Segala jenis buku parents dah belikan, macam2 seminar dan ceramah aku join but the result didn't achieved my expectation.
Situasi 2:
Masa sem 1 sampai 3, keputusan exam aku ley katakan best la jugak. Walau pun tak best sangat nak dibandingkan orang yang genius senang2 dapat pointer tinggi. Tapi bagi aku not bad la. Sedap nak menyebut, sedap telinga mendengar, sedap mata nak memandang. Ok wat. So bila aku part 4, result aku jatuh teruk Just got *.** Yess. Only *.**. Ei tak payah la cakap. Malu den!
Ape reaction aku hadapi both situation kat atas? Speechless. Aku terdiam dan terkedu. Sepanjang masa waktu tu aku mendiamkan diri dan berfikir serta berteka teki tentang apa dan kenapa aku jadi macam tu. Adakah disebabkan keadaan yang selesa sampai terlupa diri? Lupa tanggungjawab? Terleka untuk mengingati DIA? Atau adakah disebabkan perkataan yang kita ungkapkan sesama manusia? Atau...? Atau...??? Ish memang macam2 la persoalan yang terlintas dan jawapannya ada dalam diri sendiri.
So dari situ aku belajar sesuatu. Kalau aku tak menghadapi kegagalan tak mungkin akan timbul persoalan-persoalan di atas. Tak mungkin juga aku menyedari kesilapan yang telah aku lakukan. Aku akan terleka dan merasakan diri aku sentiasa benar sepanjang masa. Kegagalan benar2 membuatkan aku berfikir dan cuba untuk merubah menjadi yang lebih baik walaupun ianya bersifat sementara. Siapalah aku sekadar manusia biasa yang tak lari daripada membuat kesilapan. Tapi bagi aku gagal dan berinisiatif untuk improvekan diri dalam diam adalah lebih baik daripada merungut tanpa henti, apatah lagi merungut perkara yg sama berulang-ulang kali sehingga mengganggu orang2 disekelilingmu. Sekian.
0 comments:
Post a Comment