Setelah beberapa lama aku melepakkan diri aku kat rumah maka tadi datang lah cikgu aku dulu merangkap kawan mak aku jugak ke rumah. Aku dah jangkakan kedatangan dia sebab dah diberitahu awal2 untuk ajar anak dia yang akan amik exam UPSR tahun ni. Subjek yang aku akan ajar hari ni ialah Mathematics. Math ni seronok sebenarnya best tapi yang tak seronoknye bila soalan tu panjang berjela tahap melampau sampai student naik bosan nak baca tu yang menyebabkan segelintir manusia tidak beminat nak buat latihan sedangkan soalan tu berpusing-pusing macam tu jugak patternnya lebih2 lagi anak murid aku nie lelaki haa memang cantik la kan (Pliss lepas ni tarik nafas panjang2).
Ni tips aku bagi sikit untuk korang kalo nak mengajar someone. First step is tanya dulu apa yang dia tidak faham dan tak jelas dalam pelajaran sambil tu spesifikkan topik yang nak diambil berat so nanti dalam mind set korang dah tau apa nak diterangkan. Second, kene ready dengan soalan2 yang bakal ditanya. Yes, kadang2 kita rasa soalan yang dia tanya tu simple sangat macam tempe goreng yang sebenarnya senang je nak buat tapi korang semua malas nak buat kan. Jadi sila lah jangan hangin jika dia bertanya soalan yang sama berulang kali kerana dia inginkan pemahaman yang lebih mendalam daripada korang, tak pon SESETENGAHNYA inginkan lebih perhatian.
Third, bila terangkan sesuatu perkara tu biarlah terang dengan sejelas-jelasnya. Kalo perlu guna contoh kat luar daripada buku, gunakan lah. Maksud aku kat sini bila terangkan sesuatu perkara tu jangan lah sekadar melepaskan batuk di tangga untuk dia dapat jawab soalan di depan mata je. Tak mustahil/wajib di masa lain dia akan berjumpa soalan yang serupa jalan perkiraannya cuma diubah ayatnya sahaja maka di situ lah teruji bahawa seseorang itu faham ke tak ape yang dah dipelajarinya. Mengajar thinking skills sangat penting. Ajarlah mereka bagaimana jawapan itu diperolehi dengan menggunakan kaedah2 yang sepatutnya. Kalau tak diajar dan diasah maka lemahlah semangat seseorang itu untuk menjawab soalan-soalan yang lainnya. Sebabnya bila jumpa soalan asyik tak tahu jawab je memanjang. Kalau thinking skills tu berjaya diasah maka seseorang itu akan rasa bangga dengan kejayaan dirinya walaupun sekadar dapat menjawab soalan yang hanya sedikit tu. Namun tahniah diucapkan kerana itu adalah kejayaan hasil usahanya sendiri.
Bila belajar Math nie, ada satu perkara yang paling asas dan semua orang kene tahu perkara nie. Ia bukan sahaja dalam digunakan dalam pelajaran sahaja tapi digunakan dalam kehidupan seharian juga. Mende tu ialah SIFIR. Bila dah takde keje tu korang spot check adik2 korang yang masih skola lagi tu tengok dia hafal sifir ke tak. Bagi aku sifir tu terlalu lah asas. Elok2 boleh jawab soalan tu dalam masa seminit silap2 boleh ambil masa 5 minit semata-mata nak wat calculation yang melibatkan darab dan bahagi. Ye, soalan exam nie tak pernah tak dengki. Macam tau2 je orang malas nak mendarab n bahagi panjang lebar sampai naik penuh kertas soalan dengan contengan2 perkiraan yang menyerabutkan kepala dan akhirnya tak jumpa jawapan pape. Nasib la kan!
Oke la. Better aku stop entry aku sampai sini dulu. Bila free lagi aku akan post entry yang lain pula. Maybe ada something yang boleh aku share mengenai pengalaman mengajar budak2. Bergantung kepada kerajinan aku nak menaip la kan. Cuma tadi tu just nak share macam mane aku praktikkan mende2 yang aku cakapkan tadi tu dalam kehidupan aku. Aku rase ramai antara korang pun macam tu jugak kan. Thanks banyak2 untuk korang yang sudi membaca cerita aku nie. May God bless us all. Chow!
p/s : Sila lah geli2 dengan certain ayat skema aku di atas.
0 comments:
Post a Comment