Hye semua. Oke memandangkan hari ni hari 1st persekolahan selepas cuti sekolah dua minggu (kecuali Terengganu, Kelantan dan Kedah. Perlis aku tak tahu). So hari ni aku saje nak mengulas sikit aktiviti aku sepanjang cuti sekolah nie.
Actually mase cuti ni aku banyak habiskan masa pergi kenduri kahwin. Non-stop eating! Dan aku juga telah mengembara satu malaysia hanya untuk memenuhi undangan perkahwinan. Jika laluan aku mengembara itu termasuk Perlis, maka cukup la satu semenanjung ni aku telah tempuhi dalam masa 8 hari. Memang benar kata mak aku. Bila kita bertemu jodoh dengan orang yang jauh, secara tak langsung kita akan dapat manfaat merantau di tempat orang sambil menikmati keindahan alam. Kata orang, jauh perjalanan luas pemandangan.
Banyak yang telah aku tempuhi sepanjang perjalanan ku ini. Daripada kegembiraan sehinggalah peristiwa yang membawa kesedihan. Bagi aku segala yang berlaku pasti ada hikmahnya. Tiada sebab Tuhan menjadikan sesuatu perkara itu berlaku jika tiada mesej yang disampaikan olehNYA kepada hamba-hambaNYA. Dan aku bersyukur kerana diberi kesihatan yang baik dan masih berpeluang untuk menikmati kehidupan dunia yang sementara ini. Alhamdulillah..
Dan hari ni bermula lah rutin aku menjadi suri rumah sepenuh masa. Bukan aku taknak bekerja. Tapi bagi aku ni la masa yang terbaik untuk aku menghabiskan masa di rumah sementara belum merantau untuk teruskan degree. Well! Sepanjang cuti sekolah nie aku telah berjaya gain weight aku so now it's time to lose my weight. Biar je la Nemo yang jadi champion untuk the most fattest in the house. Aku malas nak join. Cheese! =))
0 comments:
Post a Comment