Hye semua. Oke memandangkan hari ni hari 1st persekolahan selepas cuti sekolah dua minggu (kecuali Terengganu, Kelantan dan Kedah. Perlis aku tak tahu). So hari ni aku saje nak mengulas sikit aktiviti aku sepanjang cuti sekolah nie.
Actually mase cuti ni aku banyak habiskan masa pergi kenduri kahwin. Non-stop eating! Dan aku juga telah mengembara satu malaysia hanya untuk memenuhi undangan perkahwinan. Jika laluan aku mengembara itu termasuk Perlis, maka cukup la satu semenanjung ni aku telah tempuhi dalam masa 8 hari. Memang benar kata mak aku. Bila kita bertemu jodoh dengan orang yang jauh, secara tak langsung kita akan dapat manfaat merantau di tempat orang sambil menikmati keindahan alam. Kata orang, jauh perjalanan luas pemandangan.
Banyak yang telah aku tempuhi sepanjang perjalanan ku ini. Daripada kegembiraan sehinggalah peristiwa yang membawa kesedihan. Bagi aku segala yang berlaku pasti ada hikmahnya. Tiada sebab Tuhan menjadikan sesuatu perkara itu berlaku jika tiada mesej yang disampaikan olehNYA kepada hamba-hambaNYA. Dan aku bersyukur kerana diberi kesihatan yang baik dan masih berpeluang untuk menikmati kehidupan dunia yang sementara ini. Alhamdulillah..