Tuesday, August 16, 2011

Kuih Feveret Di Bulan Ramadan

Al kisah..Tayyibb.. Maka tersebutlah kisahhh... Tayyiibbb.. Sang kancil datang beramai-ramai mengadap ke duli yang maha mulia sultan firaunnn..

Hai semua. Entri kali ni aku bukan la nak cerita pasal sang kancil dengan sultan firaun. Takde kaitan langsung dengan ayat aku yang atas tadi. Aku hanya mengajuk skrip cerita Pendekar Bujang Lapok sebab aku rase dialog yang tu sangat lawak n cool..

Alkisahnya pada Ramadan ke 3, pukul 7.00p.m. Seperti biasa pada setiap kali bulan puasa family aku akan bertukar juadah berbuka dengan jiran sebelah umah aku nih. Maka, sedang aku berjumpa dengan makcik sebelah ni... *dialog dah diedit sikit*

Makcik : Izzati, nanti rasa la apa yang makcik masak ni. Biasa2 je..
Izzati (aku lah tu) : Sama la makcik. Mak masak biasa2 je.
(Diam sejenak semasa sesi tukar makanan..)
Izzati : Makcik, tiba2 teringin la nak makan kuih yang makcik bagi hari tu.
Makcik : Ohh.. kuih tu ye. Takpe esok makcik buatkan. Esok hari minggu budak2 takde kt rumah.

Maka keesokkannya, makcik tu bagi la kuih tu seperti biasa, Dan kuih tu ialah...

Kuih Kertas / Tas
Korang pernah makan tak kuih nie? Memang sedapp sangat2 kuih nie lagi2 kalo jiran aku yang wat. Kakak aku yang tak pernah makan kuih nie pon terjatuh cinta plak. Dan aku pon bercerita lah bahawa family aku dapat kuih ni by request oleh aku sendiri. Lepas daripada hari tu mak aku tempah lagi sekali kuih ni sebab nak bawak pergi rumah saudara. Memang jadi feveret ramai orang. Tapi dengan syarat mestilah homemade oleh jiran aku sendiri. Tak payah susah2 nak beli kat kedai sebab kat kedai tu belum tentu sedap macam yang makcik sebelah ni wat. Jangan marah yaw!

3 comments:

Bulan Syurga Firdausi said...

mtk ckit..!hihi

Nora Izzati said...

meh la sini.
takde service pos kuih ye.

Bulan Syurga Firdausi said...

eiii kedekut :-(
huuuuuu

Post a Comment

You can replace this text by going to "Layout" and then "Page Elements" section. Edit " About "


Powered by Blogger.