Setelah beberapa lama aku melepakkan diri aku kat rumah maka tadi datang lah cikgu aku dulu merangkap kawan mak aku jugak ke rumah. Aku dah jangkakan kedatangan dia sebab dah diberitahu awal2 untuk ajar anak dia yang akan amik exam UPSR tahun ni. Subjek yang aku akan ajar hari ni ialah Mathematics. Math ni seronok sebenarnya best tapi yang tak seronoknye bila soalan tu panjang berjela tahap melampau sampai student naik bosan nak baca tu yang menyebabkan segelintir manusia tidak beminat nak buat latihan sedangkan soalan tu berpusing-pusing macam tu jugak patternnya lebih2 lagi anak murid aku nie lelaki haa memang cantik la kan (Pliss lepas ni tarik nafas panjang2).
Ni tips aku bagi sikit untuk korang kalo nak mengajar someone. First step is tanya dulu apa yang dia tidak faham dan tak jelas dalam pelajaran sambil tu spesifikkan topik yang nak diambil berat so nanti dalam mind set korang dah tau apa nak diterangkan. Second, kene ready dengan soalan2 yang bakal ditanya. Yes, kadang2 kita rasa soalan yang dia tanya tu simple sangat macam tempe goreng yang sebenarnya senang je nak buat tapi korang semua malas nak buat kan. Jadi sila lah jangan hangin jika dia bertanya soalan yang sama berulang kali kerana dia inginkan pemahaman yang lebih mendalam daripada korang, tak pon SESETENGAHNYA inginkan lebih perhatian.