Tuesday, August 02, 2011

Selamat Berpuasa

Selamat berpuasa aku ucapkan kepada korang semua. Hari first puasa ni semuanya berjalan dengan baik. Berbuka puasa bersama saudara-mara sememangnya menggembirakan. Dan seperti rutin2 ramadan sebelumnya, bazar wajib disinggah untuk membeli juadah kot2 ade yang teringin nak berbuka something yang diidam-idamkan (padahal makanan semua sama je). Kemudian diikuti dengan semayang terawih dan mengisi perut sekali lagi selepas selesai solat (macam tak bese plak korang makanan tak abes time berbuka then sambung makan kol 10). 

Seperti biasa juga, bila tiba bulan puasa akak aku akan balik bercuti dari Mesir untuk menunaikan ibadah puasa dan berhari-raya bersama-sama di Malaysia. Dan aku tak sabar tunggu kepulangan dia pada hari esok (hari ketiga puasa). Memang terbaik la tarikh dia balik tu. Boleh la aku letak jawatan sementara untuk bangun pagi siapkan juadah sahur. Kalau dia ada kitorang tetap bangun bersama konon nak siapkn makan sahur tapi bila keluar bilik aku akan tido kat kusyen n akak aku la yang settlekan sumenye (and that is why I loved her so soo much). Ok dah jangan tiru!  

Pape pon, semoga ibadah puasa kita kali ini lebih baik berbanding sebelumnya dan segala amalan yg kita lakukan diterima oleh Allah swt. Sekali lagi, selamat berpuasa ye korang. Puasa jangan nak cenekel2 oke! 

0 comments:

Post a Comment

You can replace this text by going to "Layout" and then "Page Elements" section. Edit " About "


Powered by Blogger.